Gambar 1
Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Oleh itu, pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sebuah negara.
![]() |
| Gambar 2 |
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantara di semua sekolah, khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.


No comments:
Post a Comment