Wednesday, December 12, 2012

Aras 2 Pemahaman dan Penulisan

A. Pemahaman
     Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

  Sempena Minggu Kebersihan dan Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Bahagia telah mengadakan Pertandingan Keceriaan Kelas. Murid-murid bergilir-gilir membersihkan kelas pada setiap hari. Tugas-tugas yang dilakukan ialah mengelap tingkap, menampal maklumat di papan kenyataan, menghias kelas serta menyusun kerusi dan meja.
   Semua murid bersungguh-sungguh menceriakan kelas masing-masing. Mereka juga mengamalkan sikap bantu-membantu untuk memastikan kelas mereka ceria dan indah. Walaupun penat, namun mereka berasa gembira kerana dapat menceriakan kelas masing-masing. Tambahan pula, semangat gotong-royong ini mendapat sokongan daripada guru-guru.
   Akhirnya, kelas Tiga Amanah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Keceriaan Kelas. Guru Besar memuji-muji Kelas Tiga Amanah yang ceria dan indah. Murid-murid Tiga Amanah berasa bangga dengan kemenangan mereka.

1. Sekolah Kebangsaan Bahagia telah mengadakan pertandingan
    A. Kecerian Kelas                          C. menghias kelas
    B. membersihkan kelas                   D. bergotong-royong

2. Apakah nilai yang diamalkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Bahagia?
    A. Mereka mengamalkan sikap mementingkan diri
    B. Mereka mengamalkan sikap bantu-membantu
    C. Mereka mengamalkan sikap berbangga
    D. Mereka mengamalkan sikap suka ketawa

3. Mengapakah mereka berasa gembira?
    A. Kerana dapat menceriakan kelas masing-masing
    B. Kerana dapat menyusun kerusi dan meja
    C. Kerana dapat datang ke sekolah
    D. Kerana tidak perlu bertugas

4. Kata penat dalam petikan bermaksud
    A. lemah        B. letih        C. kuat         D. ceria

5. Mengapakah Guru Besar memuju-muji Kelas Tiga Amanah?
    Guru Besar memuji-muji kelas Tiga Amanah kerana ____________________________________
    ___________________________________________________________________________ 



B. Penulisan
    Susun semula perkataan-perkataan di bawah menjadi ayat yang betul

1. gotong-royong hari Sabtu membersihkan diadakan kelas Aktiviti pada akan
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________

2. air sabun pada menggunakan mencuci Mereka melekat dan surat khabar habuk cermin
    yang tingkap
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________

3. berbaris pentas Murid-murid di hadapan kelas mengikut masing-masing
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________

4. berucap berakhir Guru besar  perhimpunan pada itu rasmi pagi sebelum
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________

5. Perhimpunan setiap di sekolah Isnin mingguan hari diadakan sekolah saya
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________________

Friday, December 7, 2012

Aras 2 Tatabahasa










1. Datuk ______________ buah rambutan yang sudah masak itu.
    A. menarik                                     C. menjolok
    B. mengait                                      D. membilang

2. Emak sedang ______________ tepung untuk membuat roti canai.
    A. menggoreng                               C. menguli
    B. merebus                                     D. mengadun

3. Mereka _________________ ketika menaiki bas.
   A. bertolak-tolak                             C. berpusu-pusu
   B. berbaris-baris                              D. berlonjak-lonjak

4. Jurukamera itu sedang __________________ gambar pasangan pengantin.
    A. merakamkan                             C. melaporkan
    B. membuat                                   D. ditampal

5. Rohani sedang menolong ibunya __________________ didapur.
    A. mencuci                                    C. memasak
    B. membuat                                   D. membuang 

6. Pada waktu petang, kakak ___________________ pokok bunga.
    A. membasuh                                 C. memotong
    B. menyiram                                   D. mengubah

7. Ahmad sedang ________________ rama-rama yang berwarna biru itu.
    A. menjerat                                    C. menangkap
    B. menarik                                     D. menolak

8. Rosli __________________ dari basikal kerana terlanggar kayu.
    A. terjatuh                                     C. tersembam
    B. terbalik                                     D. terkedu

9. Para pelajar sedang ____________________ buku di perpustakaan.
    A. menulis                                     C. membaca
    B. mengoyakkan                           D. melukis

10. Sebelum pergi ke sekolah, Fazli __________________ bilik tidurnya.
      A. mengemas                              C. bersepah
      B. dikemas                                  D. mengotorkan

Monday, December 3, 2012

Aras 1 Pemahaman dan Penulisan

 ARAS 1 PEMAHAMAN
Soalan: Baca Petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

          Mohamad bersekolah di sekolah Kebangsaan Bahagia Tawau. Sekolahnya sungguh besar dan cantik. Kawasan persekitaran sekolahnya ditanam dengan pokok-pokok bunga. Selain daripada bangunan-bangunan yang tersergam indah, di sekolah Mohamad juga ada sebuah padang yang luas. Mohamad dan rakan-rakanya selalu bermain di situ pada masa rehat. Aktiviti sukan juga diadakan di padang itu. Kantin sekolahnya juga sentiasa bersih dan dijaga rapi. Selain daripada itu, terdpat juga sebuah pusat sumber yang besar dan dipenuhi dengan pelbagai jenis buku.
      Kawasan sekolah Mohamad sentiasa dalam keadaan bersih dan indah kerana dijaga dengan baik oleh tukang kebun. Murid-murid juga sentiasa dinasihatkan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Mohamad berasa amat bangga dengan sekolahnya. Dia dan rakan-rakannya bersama-sama berusaha mengindahkan sekolah mereka. Ini kerana kawasan sekolah yang bersih dan indah menyebabkan murid-murid dapat belajar dengan tenang dan selesa.

1. Di manakah Mohamad bersekolah?
    A   Sekolah Kebangsaan Tawau
    B   Sekolah Kebangsaan Sri Bahagia Tawau
    C   Sekolah Kebangsaan Bahagia Tawau
    D  Sekolah Kebangsaan Tawau Bahagia

2. Apakah yang ditanam di persekitaran sekolahnya?
    A   Sayur-sayuran            C   Pokok-pokok bunga
    B   Pokok-pokok               D   Pokok buah-buahan

3. Bagaimanakah keadaan kantin sekolah Mohamad?
    A   Bersih dan rapi          C   Kotor
    B   Bersih dan indah       D   Besar dan cantik

4. Siapakah yang menjaga kawasan sekolah Mohamad?
    A   Guru-guru                  C   Tukang kebun
    B   Murid-murid              D   Guru besar

5. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?
    A   Supaya dapat belajar dengan tenang dan selesa
    B   Supaya sentiasa cantik
    C   Supaya murid sentiasa gembira
    D   Supaya murid berasa bangga




ARAS 1 PENULISAN
Soalan: Garisi jawapan yang betul.





  Pada hari Sabtu yang lalu, murid-murid Tahun Tiga Amanah telah 1][mengadakan/menjemput] gotong-royong membersihkan kelas. Mereka 2][bersurai/berkumpul] di kelas pada 8.00 pagi. Mohamad dan Ah Chong 3][membuang/menyusun] kerusi dan meja supaya teratur. Sami pula 4][menghias/merosakkan] papan kenyataan di belakang kelas dengan gambar-gambar yang 5][menarik/buruk]. Dia juga 6][mencabut/menampal] gambar para pemimpin negara di sudut kelas mereka.
      Alizah dan Erica pula membersihkan akuarium ikan. Alizah 7][memasukkan/membuang] air yang kotor dan diganti dengan air yang bersih. Mereka 8][menyangkutkan/meletakkan] batu-batu kecil ke dalam akuarium supaya nampak lebih cantik. Selepas itu, mereka 9][melontarkan/memasukkan] semula ikan-ikan tersebut ke dalam akuarium.
       Kira-kira tiga jam kemudian, kerja-kerja membersihkan kelas pun 10][selesai/selamat]. Murid-murid Tahun Tiga Amanah berasa gembira kerana kelas mereka cantik dan ceria.

Aras 1 Tatabahasa



 A. Garis jawapan yang betul berdasarkan gambar



 1. Di taman itu terdapat banyak [ burung-burung/
     rama-rama ] yang berwarna-warni.




             



2. [ Jentik-jentik/Obor-obor ] membiak di dalam air
    yang bertakung.




 3. Mak Amira terpaksa menjual [ kuih-muih/sayur-sayuran ]
     untuk menyara anak-anaknya.
  
 4. [ Kuih-muih/Agar-agar ] yang dibuat oleh kakak
     rasanya sangat manis.









5. [ Guru-guru/Murid-murid ] sedang bersenam di padang.









B. Garis kata nama khas yang betul.

1. Gunung yang tertinggi di Sabah ialah [ Gunung Kinabalu/Gunung Tahan ].

2. [ Tun Dr. Mahathir/Tun Abdullah Ahmad Badawi ] ialah Perdana Menteri
    Malaysia yang kelima.

3. Murid-murid Tahun 3 telah membuat lawatan ke [ Tugu Negara/Zoo Negara ]
    untuk melihat haiwan-haiwan liar.

4. [ Sang Kancil/Pak Belang ] merupakan haiwan yang sangat cerdik dalam cerita
    dongeng kanak-kanak.

5. Persatuan [ Matematik/Bahasa Melayu ] Sekolah Kebangsaan Ranggu menganjurkan
    pertandingan menulis karangan yang bertemakan 1 Malaysia.




C. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, garisi kata nama khas.

    Nama saya Azila. Saya berumur sembilan tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Muhibbah Raya. Saya belajar dalam Tahun Tiga Amanah. Saya mempunyai dua orang kakak. Nama mereka ialah Azimah dan Afizah. Ibu saya seorang jururawat. Dia bertugas di Hospital Besar. Bapa saya pula seorang pegawai polis. Dia bekerja di bandar Tawau. Saya tinggal di Taman Muhibbah. Taman ini terletak kira-kira 4 kilometer dari bandar Tawau.


Wednesday, November 14, 2012

Rancangan Pengajaran Harian [RPH 1]



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA
Tahun                          : 3 Amanah
Tarikh                          : 16 Oktober 2012[Selasa]
Masa                           : 7:00 - 8.00 Pagi [60 minit].
Bilangan Pelajar           : 25 Orang
Tema                           : Sekolahku Rumahku
Tajuk                           : Gotong-Royong Membersihkan Sekolah
Objektif                        : Pada akhir pelajaran murid dapat :
                                                                               i.        Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.
                                                                              ii.        Membaca dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Fokus Utama              : 1.3 -  Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang
sesuatu perkara.
                                                                                             Aras 1 (i) - Mendengar dan mengesan ayat arahan serta pesanan.

Fokus Sampingan       : 7.2 -  Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat          
dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan
bukan sastera.
Aras 1 (i) -  Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya
prosa dan puisi yang dibaca. 

-sambungan RPH 1a



Kemahiran Bahasa     : Mendengar, bertutur, membaca , menulis.
Nilai Murni                 : Berkerjasama, bertanggungjawab dan tolong-menolong.
KBKK                       : Menjana idea, mengenal pasti idea-idea utama dan idea sokongan,
membuat kesimpulan.

Pengetahuan Sedia ada :             - Murid mempunyai pengalaman membersih kawasan rumah
   dan bergotong-royong membersihkan sekolah. 
 - Murid mengetahui peralatan-peralatan yang diperlukan
   untuk bergotong-royong membersihkan sekolah.

Bahan Bantu Mengajar :               - Cangkul
                                                  - Pongkes
                                                  - Sabit
                                                  - Parang
                                                  - Penyampu
                                                  - Bag pelastik
                                                  - Berus Cat
                                                  - Gunting bunga
                                                  - Tin cat

-sambungan RPH 1b



LANGKAH
ISI PELAJARAN
LANGKAH PENGAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
Set induksi
(10 minit)
Tajuk : Gotong-royong menamakan dan menyatakan peralatan yang dilihat.

  i.    Guru memperlihatkan peralatan-peralatan yang terdapat di atas meja guru.

 ii.    Guru meminta pelajar menyatakan peralatan-peralatan yang mereka lihat satu persatu.

iii.    Guru menyoal apakah kegunaan peralatan-peralatan tersebut serta bila masa digunakan.

iv.    Guru menyatakan tajuk pelajaran hari ini. “Gotong-royong Membersihkan Sekolah”
  i.    Murid menyatakan peralatan  yang diperlihat secara kelas.

 ii.    Murid mengangkat tangan kemudian menjawab peralatan yang dilihat..

iii.    Murid menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru.
Strategi / Teknik:
·       Sesi soal jawab antara guru dengan murid.
BBB
·       Benda Maujud
Langkah 1 Perkembangan
(25 minit)
Membaca Teks [Berbentuk dialog]


  i.    Guru meminta dua orang untuk membaca teks

 ii.    Guru meminta murid menyatakan ayat arahan yang terdapat dalam teks

iii.    Guru meminta murid menyatakan ayat pesanan yang terdapat dalam teks secara individu.
  i.    Murid membaca dan meneliti teks tersebut.

 ii.    Murid menyatakan ayat arahan yang terdapat dalam teks secara individu.

iii.    Murid menyatakan pesanan yang terdapat dalam teks.
Strategi / Teknik:
·       Soal jawab antara guru dengan murid.
KBKK
·          Menjana idea.