Monday, December 3, 2012

Aras 1 Pemahaman dan Penulisan

 ARAS 1 PEMAHAMAN
Soalan: Baca Petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

          Mohamad bersekolah di sekolah Kebangsaan Bahagia Tawau. Sekolahnya sungguh besar dan cantik. Kawasan persekitaran sekolahnya ditanam dengan pokok-pokok bunga. Selain daripada bangunan-bangunan yang tersergam indah, di sekolah Mohamad juga ada sebuah padang yang luas. Mohamad dan rakan-rakanya selalu bermain di situ pada masa rehat. Aktiviti sukan juga diadakan di padang itu. Kantin sekolahnya juga sentiasa bersih dan dijaga rapi. Selain daripada itu, terdpat juga sebuah pusat sumber yang besar dan dipenuhi dengan pelbagai jenis buku.
      Kawasan sekolah Mohamad sentiasa dalam keadaan bersih dan indah kerana dijaga dengan baik oleh tukang kebun. Murid-murid juga sentiasa dinasihatkan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Mohamad berasa amat bangga dengan sekolahnya. Dia dan rakan-rakannya bersama-sama berusaha mengindahkan sekolah mereka. Ini kerana kawasan sekolah yang bersih dan indah menyebabkan murid-murid dapat belajar dengan tenang dan selesa.

1. Di manakah Mohamad bersekolah?
    A   Sekolah Kebangsaan Tawau
    B   Sekolah Kebangsaan Sri Bahagia Tawau
    C   Sekolah Kebangsaan Bahagia Tawau
    D  Sekolah Kebangsaan Tawau Bahagia

2. Apakah yang ditanam di persekitaran sekolahnya?
    A   Sayur-sayuran            C   Pokok-pokok bunga
    B   Pokok-pokok               D   Pokok buah-buahan

3. Bagaimanakah keadaan kantin sekolah Mohamad?
    A   Bersih dan rapi          C   Kotor
    B   Bersih dan indah       D   Besar dan cantik

4. Siapakah yang menjaga kawasan sekolah Mohamad?
    A   Guru-guru                  C   Tukang kebun
    B   Murid-murid              D   Guru besar

5. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?
    A   Supaya dapat belajar dengan tenang dan selesa
    B   Supaya sentiasa cantik
    C   Supaya murid sentiasa gembira
    D   Supaya murid berasa bangga




ARAS 1 PENULISAN
Soalan: Garisi jawapan yang betul.





  Pada hari Sabtu yang lalu, murid-murid Tahun Tiga Amanah telah 1][mengadakan/menjemput] gotong-royong membersihkan kelas. Mereka 2][bersurai/berkumpul] di kelas pada 8.00 pagi. Mohamad dan Ah Chong 3][membuang/menyusun] kerusi dan meja supaya teratur. Sami pula 4][menghias/merosakkan] papan kenyataan di belakang kelas dengan gambar-gambar yang 5][menarik/buruk]. Dia juga 6][mencabut/menampal] gambar para pemimpin negara di sudut kelas mereka.
      Alizah dan Erica pula membersihkan akuarium ikan. Alizah 7][memasukkan/membuang] air yang kotor dan diganti dengan air yang bersih. Mereka 8][menyangkutkan/meletakkan] batu-batu kecil ke dalam akuarium supaya nampak lebih cantik. Selepas itu, mereka 9][melontarkan/memasukkan] semula ikan-ikan tersebut ke dalam akuarium.
       Kira-kira tiga jam kemudian, kerja-kerja membersihkan kelas pun 10][selesai/selamat]. Murid-murid Tahun Tiga Amanah berasa gembira kerana kelas mereka cantik dan ceria.

No comments: