![]() | ||||||||||||||||
1. Datuk ______________ buah rambutan yang sudah masak itu.
A. menarik C. menjolok
B. mengait D. membilang
2. Emak sedang ______________ tepung untuk membuat roti canai.
A. menggoreng C. menguli
B. merebus D. mengadun
3. Mereka _________________ ketika menaiki bas.
A. bertolak-tolak C. berpusu-pusu
B. berbaris-baris D. berlonjak-lonjak
4. Jurukamera itu sedang __________________ gambar pasangan pengantin.
A. merakamkan C. melaporkan
B. membuat D. ditampal
5. Rohani sedang menolong ibunya __________________ didapur.
A. mencuci C. memasak
B. membuat D. membuang
6. Pada waktu petang, kakak ___________________ pokok bunga.
A. membasuh C. memotong
B. menyiram D. mengubah
7. Ahmad sedang ________________ rama-rama yang berwarna biru itu.
A. menjerat C. menangkap
B. menarik D. menolak
8. Rosli __________________ dari basikal kerana terlanggar kayu.
A. terjatuh C. tersembam
B. terbalik D. terkedu
9. Para pelajar sedang ____________________ buku di perpustakaan.
A. menulis C. membaca
B. mengoyakkan D. melukis
10. Sebelum pergi ke sekolah, Fazli __________________ bilik tidurnya.
A. mengemas C. bersepah
B. dikemas D. mengotorkan


No comments:
Post a Comment